Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :Bernama
Title :Ribut petir, hujan lebat dijangka landa enam negeri
Faculty :Astro Awani
Year of Publication :03/11/2025 13:10 MYT
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUALA LUMPUR: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda beberapa kawasan di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang serta Sabah dan Sarawak hingga 4 petang ini. Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), kawasan dijangka terjejas di Kedah ialah Sik dan Baling manakala di Pulau Pinang melibatkan daerah Barat Daya serta Timur Laut. Di Perak, cuaca buruk diramal berlaku di Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta dan Kampar manakala di Pahang meliputi Tanah Tinggi Cameron. Bagi Sabah pula, kawasan yang terlibat ialah Pedalaman (Beaufort) sementara di Sarawak melibatkan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei (Pakan, Sarikei serta Meradong) dan Mukah. -- BERNAMA
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035