Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :Bernama
Title :Kerajaan Pahang beri 'suntikan' untuk Al-Adam Mikail harumkan nama negara
Faculty :Astro Awani
Year of Publication :04/11/2025 04:30 MY
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUANTAN: Kerajaan Pahang menyalurkan bantuan kepada pelumba cilik berbakat besar Al-Adam Mikail Mohd Hamirul Aliff, 11, sebagai dorongan bagi mengharumkan nama negeri dan negara di pentas antarabangsa pada kejohanan FIM MiniGP World Final bagi kelas 160cc di Valencia, Sepanyol. Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan Pahang Fadzli Mohamad Kamal berkata bantuan itu antara lain bagi menyuntik semangat pelumba itu yang dijangka memulakan saingan pada pertengahan bulan ini. "Pelumba cilik ini mempunyai bakat besar, kita doakan Al-Adam Mikail buat terbaik dan bersungguh-sungguh sekali gus mengharumkan nama Pahang serta Malaysia," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika menyampaikan sumbangan kepada anak jati Pahang itu di pejabatnya di Pusat Pentadbiran Sultan Ahmad Shah (PPSAS) di sini semalam. Fadzli berkata sumbangan berkenaan merupakan "duit poket" bagi anak muda itu berentap pada kejohanan berkenaan selain kerajaan negeri juga sebelum ini pernah menghulurkan bantuan kepadanya sebagai galakan. "Dalam tempoh hampir tiga tahun kerajaan negeri sudah bantu beberapa kali pelumba ini, dengan banyak pencapaian telah direkodkan, antaranya menjadi juara FIM MiniGP Malaysia bagi kategori 160cc. "Kita sentiasa menyokong penglibatan anak muda termasuk kanak-kanak dan remaja ceburi sukan permotoran sebegini kerana ia dapat membina karakter di samping melibatkan mereka dengan aktiviti sihat," katanya. Sementara itu, Al-Adam Mikail berkata segala persiapan telah dilaksanakan terutama daripada aspek latihan yang dilakukannya hampir setiap hari di litar Gong Badak, Terengganu dan berharap ia akan membuahkan hasil kelak. Anak bongsu daripada tiga beradik yang akan berlepas ke Sepanyol pada Rabu ini bersama bapanya Mohd Hamirul Aliff Abd Halim, 33, juga dijangka berdepan cabaran cuaca sejuk di negara itu. "Saya akan cuba fokus dan buat yang terbaik bagi mengharumkan nama negara serta mengharapkan doa daripada semua agar beroleh kejayaan," katanya. Al-Adam Mikail akan berdepan lebih 40 pelumba yang mewakili 23 negara dalam saringan kejohanan itu yang dijadualkan bermula 14 Nov ini sebelum ke pusingan akhir. -- BERNAMA  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035