Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :Bernama
Title :Tiga lori tangki terbakar di Kem TUDM Batu 10, Gambang - JBPM
Faculty :Astro Awani
Year of Publication :08/11/2025 20:45 MYT
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUANTAN: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang berjaya mengawal kebakaran melibatkan tiga lori tangki di kawasan Kem Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Batu 10, Jalan Gambang di sini, petang tadi. Pengarah JBPM Pahang Datuk Mohd Razam Taja Rahim berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 2.50 petang dan jentera daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Taman Tas, tiba di lokasi enam minit kemudian. "Dua daripada lori berkenaan mempunyai kapasiti 40,000 liter setiap satu, manakala sebuah lagi lori tangki berkapasiti 20,000 liter berjaya diselamatkan," katanya dalam kenyataan hari ini. Beliau berkata tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian itu, namun kebakaran turut menyebabkan kerosakan pada sebahagian dinding bangunan berhampiran. Mohd Razam berkata kejadian dipercayai berlaku ketika proses pemindahan minyak dari lori tangki ke tangki pengisi pesawat sedang dijalankan. Beliau berkata operasi pemadaman dikendalikan tujuh anggota dari BBP Taman Tas menggunakan satu aliran salur bantu mula dan satu gulung hos sepanjang 100 kaki dengan satu pancutan air daripada tangki pam jentera bomba, selain dibantu enam anggota BBP Indera Mahkota dan 38 anggota Bomba TUDM yang menggunakan teknik pemadaman buih. Sementara itu, beliau berkata kebakaran berjaya dikawal pada 3.23 petang dan operasi tamat sepenuhnya pada 4.20 petang. -- BERNAMA  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035