Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :Bernama
Title :Syarikat telekomunikasi perlu proaktif selesai isu gangguan talian di Pahang - Exco
Faculty :Astro Awani
Year of Publication :10/11/2025 05:30 MYT
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUANTAN: Syarikat telekomunikasi digesa supaya lebih serius dan proaktif menyelesaikan segera isu gangguan talian komunikasi yang berlaku bukan sahaja di Raub tetapi juga di seluruh Pahang. Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-badan Bukan Kerajaan Pahang Fadzli Mohamad Kamal berkata sudah tiga hari gangguan teruk capaian telekomunikasi berlaku di Kampung Pamah Kulat, Kampung Pamah Rawas dan Kampung Peruas di Raub. "Keadaan ini menyusahkan urusan banyak pihak khususnya penduduk kampung, peniaga dan pelancong yang bercuti di sekitar Ulu Dong," katanya menerusi hantaran di laman Facebook pada Ahad. Beliau berkata saban hari semakin banyak aduan diterima dan syarikat telekomunikasi mengambil masa terlalu lama untuk menyelesaikannya. "Sedangkan dalam sesi libat urus bersama syarikat telekomunikasi yang terlibat pada September baru-baru ini, mereka telah menyatakan komitmen untuk menambah baik mutu perkhidmatan masing-masing," katanya. Menerusi hantaran sama, Fadzli turut berkongsi gambar beliau turun padang meninjau menara telekomunikasi di Kampung Pamah Kulat, Kampung Pamah Rawas dan Kampung Peruas petang Ahad. -- BERNAMA  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035