|
Koleksi Khas Digital
|
|
| ||||||||||||||||||
| Full Text : |
| PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah memulakan persiapan kemungkinan musim banjir hujung tahun ini membabitkan universiti yang berada di negeri- negeri berisiko.
Menterinya, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir, berkata peringatan awal serta penyediaan prosedur sudah dilaksanakan setiap tahun termasuk bagi negeri di Pantai Timur, Sabah dan Sarawak.
“Banjir seperti yang kita tahu sejak tahun lalu sampai tahun ini, kita sentiasa memberi peringatan dan membuat persiapan khususnya di negeri yang sering terbabit dengan banjir.
“Di peringkat universiti, biasanya kita memberi ruang kepada mereka untuk membuat persiapan yang diperlukan,” katanya.
Zambry berkata demikian ketika ditemui selepas meninjau persiapan penganjuran Festival Of Idea (FoI) Putrajaya yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, hari ini.
Ulasnya lagi, universiti turut diberi ruang fleksibiliti untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara dalam talian sekiranya banjir menjejaskan operasi di kampus.
Zambry turut mengesahkan pelaksanaan kelas dalam talian adalah antara prosedur yang dibenarkan ketika banjir berlaku.
“Itu antara prosedur kita yang mana sekiranya berlaku hal seperti itu, pembelajaran online (secara dalam talian) boleh dilaksanakan. Kita memberi kebenaran itu kepada universiti, mengikut kebijaksanaan serta keperluan masing-masing,” katanya.
|
| This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |