Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Institusi Pengajian Tinggi
Main Author :Bernama
Title :Tunku Azizah lakar sejarah sampaikan syarahan di Universiti Oxford
Faculty :Sinar Harian
Year of Publication :13 November 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUANTAN - Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah melakar sejarah buat pertama kalinya berkenan menyampaikan syarahan di Universiti Oxford, United Kingdom pada Khamis. Kesultanan Pahang menerusi hantaran di laman Facebook memaklumkan baginda membentangkan syarahan bertajuk 'Pahang: Warisan Perlembagaan dan Maritim Melayu-Islam Yang Dilupakan'.  "Baginda berbicara secara jelas dan terperinci sebagai suara sebuah kerajaan yang menuntut semula Hukum Kanun Pahang sebagai Perlembagaan Melayu-Islam tertua bagi sebuah tamadun berdaulat,” menurut hantaran itu.  Syarahan baginda turut berkisar mengenai Pahang sebagai sebuah kekuatan ketamadunan, berilmu dan berperundangan, bukan tinggalan nostalgia tetapi nadi bertulis dunia Melayu-Islam yang berdaulat, satu penakrifan semula ilmiah terhadap sejarah perlembagaan dunia. - Bernama
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035