Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Institusi Pengajian Tinggi
Main Author :BERNAMA
Title :26 pensyarah UMT tersenarai antara saintis terbaik dunia
Faculty :Berita Harian
Year of Publication :01 Oktober 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUALA NERUS: Universiti Malaysia Terengganu (UMT) mendapat pengiktirafan antarabangsa apabila 26 pensyarah tersenarai dalam dua peratus Saintis Terbaik Dunia 2025 berdasarkan penilaian Universiti Stanford dan penerbit akademik terkemuka Elsevier dari Amerika Syarikat. Naib Canselor UMT, Prof Dr Mohd Zamri Ibrahim, berkata senarai itu diterbitkan Elsevier menerusi laporan bertajuk Updated Science-Wide Author Databases of Standardized Citation Indicators versi kelapan yang menilai impak penyelidik berdasarkan petunjuk standard pemilihan. Beliau berkata, sebanyak tujuh pensyarah UMT disenarai dalam Kategori Sepanjang Kerjaya, manakala 19 lagi dalam Kategori Setahun 2024. Mohd Zamri berkata, pencapaian itu membuktikan keupayaan penyelidik UMT bersaing di peringkat global, selain penghormatan besar untuk universiti. "Ia juga bukti sumbangan signifikan tenaga pakar UMT dalam penghasilan ilmu baharu, penyelidikan berimpak tinggi serta inovasi yang memberi manfaat kepada masyarakat dan negara. Kejayaan ini seiring dengan usaha UMT memperkukuh kedudukan sebagai universiti berteraskan bidang kelautan dan sumber akuatik yang berdaya saing di persada dunia. "UMT amat berbangga dengan pencapaian ini, yang membuktikan saintis kami mampu berdiri sebaris dengan penyelidik terbaik dunia," katanya dalam kenyataan hari ini. – BERNAMA
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035