Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Institusi Pengajian Tinggi
Main Author :Wan Mohd Noor Hafiz Wan Mansor
Title :UniMAP aktifkan bilik gerakan banjir, konvokesyen khas untuk pelajar terkandas
Faculty :Sinar Harian
Year of Publication :24 November 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
ARAU – Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) mengaktifkan bilik gerakan banjir bagi memantau keselamatan dan kebajikan pelajarnya susulan insiden banjir yang menjejaskan beberapa kawasan di Perlis serta kejadian pelajar terkandas di Hatyai, Thailand. Pusat Komunikasi Korporat UniMAP dalam satu kenyataan berkata, bilik gerakan itu berfungsi menyelaras maklumat terkini, selain memastikan setiap pelajar yang terkesan menerima bantuan segera termasuk keperluan kecemasan dan sokongan logistik. Menurut universiti itu, pihaknya turut berhubung dengan Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla bagi memastikan pelajar UniMAP yang berada di Hatyai mendapat bantuan sewajarnya sepanjang tempoh banjir di kawasan berkenaan. “UniMAP sentiasa meneliti keadaan semua pelajar yang terjejas sama ada di Perlis mahupun di luar negara, dan mengambil langkah proaktif untuk memastikan kebajikan mereka sentiasa terpelihara,” katanya pada Isnin. Dalam pada itu, UniMAP juga akan menganjurkan Istiadat Konvokesyen Khas bagi graduan yang terkandas di Hatyai supaya mereka tidak terlepas peluang menerima pengiktirafan akademik secara rasmi. “Konvokesyen khas ini dianjurkan sebagai komitmen UniMAP memastikan setiap graduan diraikan tanpa mengira situasi luar jangka yang mereka hadapi,” ujarnya. Sehubungan itu, pelajar dan keluarga yang berdepan kesulitan diminta menghubungi Taskforce Bencana Universiti atau talian bantuan yang disediakan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan Jawatankuasa Eksekutif Siswa (JKES) UniMAP. Untuk pertanyaan atau bantuan boleh berhubung dengan Syahmi di talian 018-4099711, Fasihah (011-26085176) atau Bilik Gerakan JKES di 04-9414417.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035