Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Institusi Pengajian Tinggi
Main Author :Hazelen Liana Kamarudin
Title :Pelajar UMK Kampus Kota dipindahkan jika cuaca semakin buruk - UMK
Faculty :Sinar Harian
Year of Publication :23 November 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KOTA BHARU – Kesemua pelajar Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Kota di Taman Bendahara di sini bersiap sedia untuk dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Fakulti Veterinar yang terletak lima kilometer dari kampus sekiranya cuaca semakin buruk. Naib Canselor UMK, Datuk Dr Arham Abdullah berkata, dua bilik gerakan telah diaktifkan dan pemantauan sentiasa dijalankan terhadap semua pelajar. “Ibu bapa tidak perlu risau, kami sentiasa memantau keadaan pelajar. Mereka yang ditempatkan di tingkat atas kolej telah diingatkan supaya tidak turun. "Kami telah menyediakan makanan dan minuman dari pagi, petang hingga malam,” katanya dalam sidang akhbar selepas mengadakan lawatan ke UMK Kampus Kota di sini pada Ahad. Menurut beliau, kesemua pelajar baru sahaja pulang dari cuti semester pada Sabtu. Ujarnya, keadaan banjir di UMK Kampus Kota kali ini lebih teruk berbanding tahun lalu disebabkan taburan hujan yang tinggi. Arham turut memaklumkan bahawa UMK Jeli dan Bachok tidak terjejas akibat banjir. “Pensyarah yang terlibat dengan banjir dibenarkan bekerja dari rumah,” katanya.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035