Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :Nik Amirulmumin Nik Min
Title :SPRM Pahang, MUIP perkukuh integriti pengurusan dana awam
Faculty :Sinar Harian
Year of Publication :19 November 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUANTAN - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pahang sentiasa bersedia memperkukuhkan kerjasama dengan Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) dalam memperkukuhkan integriti pengurusan dana awam. Pengarah SPRM Pahang, Mohd Shukor Mahmud berkata, pengurusan dana awam yang telus dan berintegriti menjadi fokus utama bagi memastikan tiada ketirisan atau penyelewengan berlaku dalam pelaksanaannya. Menurutnya, pengurusan dana awam memerlukan tahap akauntabiliti tertinggi agar setiap sen disalurkan sampai kepada penerima yang berhak. "Bagi tujuan itu, SPRM sentiasa bersedia memperkukuhkan kerjasama dengan MUIP dalam aspek pendidikan masyarakat, penyediaan garis panduan pencegahan, peningkatan kefahaman undang-undang antirasuah serta pelaksanaan program kesedaran integriti," katanya. Beliau berkata demikian pada Program Bual Bicara bertemakan 'Integriti Teras Kesejahteraan Negara' bersempena sambutan Bulan Integriti Nasional Negeri Pahang di sini pada Selasa. Program dianjurkan SPRM Pahang dengan kerjasama MUIP itu khususnya bagi agensi utama kerajaan negeri yang bertanggungjawab menyalurkan dana kepada masyarakat. Mohd Shukor berkata, SPRM melihat keutamaan yang perlu dilaksanakan MUIP adalah memastikan fungsi serta peranannya dalam menguruskan dana awam dijalankan dengan penuh kefahaman dan pematuhan undang-undang. "Pengurusan yang baik dan teratur pastinya akan memberi manfaat besar kepada penerima dana demi pembangunan ummah,” katanya Sempena majlis itu, Mohd Shukor turut menyaksikan sesi Lafaz dan Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) melibatkan 150 pegawai serta kakitangan MUIP diketuai Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Ahmad Hairi Hussain, Katanya, penganjuran program itu membuktikan komitmen dan sokongan kuat warga MUIP terhadap usaha pencegahan rasuah yang digerakkan SPRM selain memperkukuh budaya kerja berintegriti dalam organisasi. "Ia juga selaras dengan pelaksanaan Pelan Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (NACS), inisiatif 'Keep Malaysia Clean' dan sasaran negara untuk mencapai kedudukan ke-25 dalam Indeks Persepsi Rasuah menjelang 2033," ujarnya.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035