Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :Nik Amirulmumin Nik Min
Title :21,026 pelajar SPM di Pahang terima bantuan sekolah bernilai RM1.05 juta
Faculty :Sinar Harian
Year of Publication :07 November 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUANTAN - Kerajaan Negeri Pahang meluluskan penambahan kategori bagi Program Tunas Makmur 2025 kepada 21,026 pelajar yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di negeri ini. Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, sumbangan berupa set barangan sekolah itu melibatkan implikasi kewangan RM1.05 juta. Menurutnya, sumbangan tersebut akan mula diserahkan mulai minggu hadapan oleh Majlis Tindakan Sosial Negeri Pahang (MTSP) dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Pahang (JPNP). "Proses penyerahannya turut dibantu jabatan dan agensi berkaitan bagi memastikan agihan berjalan lancar serta sampai kepada semua penerima yang layak di seluruh Pahang," katanya melalui kenyataan pada Jumaat. Wan Rosdy berkata, selain sumbangan itu, semua pelajar SPM juga telah menerima kad diskaun pelajar yang memberi potongan sehingga 30 peratus di sebuah kedai buku di sini selain buku rujukan dan latihan percuma. "Bantuan ini bagi membantu pelajar membuat persediaan menghadapi peperiksaan. "Bantuan peralatan persekolahan juga dihulurkan kepada pelajar tingkatan lima dari keluarga golongan miskin tegar," ujarnya. Jelas beliau, semua inisiatif itu mencerminkan keprihatinan dan komitmen berterusan kerajaan negeri terhadap pembangunan ilmu pengetahuan serta kejayaan akademik anak-anak Pahang. "Saya yakin, dengan usaha berterusan dan kerjasama semua pihak, khususnya dalam memperkukuh aspek pendidikan, Pahang akan terus melangkah maju sebagai sebuah negeri yang makmur dan berilmu," katanya.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035